Friday, December 30, 2011

Selamat Pengantin Baru Aafifa

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
0 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers/ readers,

Just a quick entry to my beloved friend, Nur Aafifa...

She is in yellow with her husband.

She is one of my good friend back to my UPM time. Actually we are 5 in a group, tapi aku rapat dengan Fifa dan dak Rem(she is in purple holding her daughter) as we are stayed in the same college.

Four are down, one left (iaitu AKU!)

Anyway Fifa,

Selamat Pengantin Baru...
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Happy for you my friend!

Wednesday, December 28, 2011

Kene Reject Or Merejecr?

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
0 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Aku masih dalam keadaan terpinga-pinga ni. Masih cuba memahamkan keadaan dan situasi.

Ok citenye macam ni. Aku ade kenal sorang mamat ni thru ym, rasenye dalam dua or tiga tahun lepas and penah lah jumpe die sekali. So pastu lost contact jap and now contact balik since die pun da putus dengan awek die. Dia pun dah start rajin nak sms aku almost everytime.

Seriously aku tak kesah pun nak berkawan tapi yang buat aku terpinga-pinga skang ni sebab die sendiri meletakkan physical requirement untuk jadik kawan die.

" saya prefer girl with weight less than 58kg."

Owh ok. Aku dah failed dalam requirement pertama.

" I do have bad experience with the girl name starts with N"

Ok. Failed requirement kedua.

Pastu die counter balik statement die.

"Tapi kalau nak berkawan tak kesah je kan.."

Ok Aku agree dengan statement ni. So that is why aku layan je kalau die sms aku.

But then, semenjak dua menjak ni he starts calling me 'sayang'. Aku pun macam pelik la, nape pulak die panggil aku sayang. Katanye nak kawan je tapi ni macam dah pelik je ni.

Aku pun tanye : " Awak memang panggil kawan-kawan pompuan sayang ke?"

"Tak la. Yang special je saya panggil camtu."

Aku tanya lagik: " Tapi tu consider special girlfriend la. But I am not your girlfriend."

"Yes you are. Your are my special girlfriend."

Aku pelik : " I am not. I am you friend only. Remember I am not your type"

"It's ok. I am sure you can reduce your weight and be my dream girl".

Aku bangkang : " What if I dont want? And my name starts with N. Thats not going to change."

" As my girlfriend, you must follow what I said"

Hek eleh.. Ntah bile mase aku jadik girlfren die agaknye. Aku pun tak hingin jadikkan die boifren aku. Kalau macam tu lah perangai die memang susah lah nanti.

At last aku cakap I cannot accept him more than a friend.

" You are so cold and heartless!"

Aik? Aku balik yang kene. Dah memang aku takde perasaan kat die, lagi mau paksa-paksa. Lantak la..

Sunday, December 25, 2011

Buah hati hamba

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Berikut ini adalah kanak-kanak ribena yang menjadi buah hati aku...

Ini lah muka-muka yang selalu kene jerit dengan aku.

Kene marah dengan aku.

Kene gelak dengan aku.

Ape-ape hal pun gelagat mereka-mereka ni memang selalu buat aku hepi..


p/s: ini anak-anak buah aku a.k.a anak Along aku.

Saturday, December 24, 2011

My Friend.. She still concern about me!

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,


This picture is specially design for me by my best buddy, Yus a.k.a Shima. Thanks again sebab still concern pasal aku even masing-masing bizi menguruskan keje dan hal-hal sendiri. Aku tak nafikan kite memang jarang luangkan mase skang ni, tapi Insya Allah kalau ade mase nanti aku memang nak melepak dengan ko.

Thanks again for all your effort to make our friendship alive. Aku harap kite kawan sampai bile-bile.

p/s : i like the design of the pic, nampak simple but nice kan?

Wednesday, December 21, 2011

The Survey Begin

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Tengah riki-riki tempat nak further study. Tak tau la kenapa tibe-tibe terasa nak improve diri ni.

Mungkin sebab aku perlukan sesuatu untuk bizi kan diri sendiri ATAU mencari sesuatu supaya senang nak market diri aku nanti (in term of workscope) ATAU nak buat mak aku bangga. (yup I like to be the 1st in all situation walaupun hakikatnye aku adalah yang 2nd).

Tapi persoalannye adakah aku mampu nak sambung balik blajar ni? Nak kate otak da karat cam teruk nau, nampak nau tak yakin dengan diri sendiri. So far keje aku skang membantu aku menjalankan otak aku ni sebab banyak buat decision making, time management and self oriented. Tambahan pulak keje dalam bidang yang didominasi oleh lelaki memang membantu aku jadi lebih tough, muscle dah bertambah!, dan leh jadik survivor.

So rase-rase faktor di atas leh tolong aku tak nak survive dalam study aku nanti? Insya Allah...aku berharap sangat aku leh berjaya.

Tapi yang penting survey ini perlu diteruskan tapi yang pasti aku memang amik part time la nanti. Kalau amik full time sape pulak nak tolong bayaukan utang-utang aku tu nanti. Hohoho...

Tuesday, December 20, 2011

Ponton Dah Jadik Comot

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Salah seko kucing aku yang semakin nakal...



Dak Ponton yang balik ke umah malam tadi dalam keadaan mukanye yang comot. Tak tau la ape jadi...Ishh..ish...ish...

Thursday, December 15, 2011

We Are Runner Up!

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
3 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Alhamdulillah.. ade berita gembira hari ni. Mane tak nye selepas berhempas pulas menyiapkan keje akhirnya kami mendapat pengiktirafan.

Bukan itu aje, dapat duit lagik. (Mood : senyum lebau sampai telinga)

Aku dan rakan-rakan seperjuangan.

Oh ya.. ini adalah habuan kami kerana membuat improvement di tempat kerja. Senang cite buat penambahbaikan dan cost saving.
Walaupun dapat naib juara a.k.a runner up, aku bersyukur sangat-sangat. Thanks kepada C.I section yang buat event ni, at least skill public speaking aku ni pun akan improved. An addition pengalaman akan bertambah, dan boleh mencantikkan resume aku. Huhuhu.

Gambau di atas di ambil atas guna camera geng group aku, maka nye ni je gambar yang ade. Gambar yang lain-lain (especially time aku present) seharusnya dituntut dari C.I section nanti.

Bile buat ni, semangat nak buat cost saving semakin bertambah. Nak try lagik next year mane tau leh jadik juara lak. Hehehehe

Tuesday, December 13, 2011

Dak Miau Kene Selsema

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
0 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Dah lame tak update pasal dak miau kan? Semenjak dua menjak ni dak miau kat umah aku sume kene selsema. Cian dieorang asik bersin-bersin jek. Pastu hingus meleleh...


Aksi tido berhimpit by Fiona, Oly dan H. Tapi Oly cam nak karate H jek. Hikhikhik

Garmin control ensem walopon hingus meleleh.

Oly dan Tengku.

Tu semua tengah bergomol dan tido secara beramai-ramai. Tu sebab sume kene selsema. Sian mereka. Harap sembuh dengan cepat ye dak miau sekalian. Cayang dak miau sume! Heh...

Friday, December 2, 2011

Cenderahati LIMA 2011

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
0 orang pembebel Links to this post
Assalam bloggers / readers,

Dapat cenderahati a.k.a keychain sempena LIMA 2011.


Cun tak?

Terima kasih bebanyak kepada kawan yang sudi bagi... Kalau leh nak lagi...





Zodiac : Anda Dan Risalahnya

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober


ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, 'hidup mesti ceria!' Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

p/s : aku termasuk dalam golongan tikus? nape bukan kucing...

source : virtualfriends.net
 

~ HiKaYaT NahDatuLiZaH ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea