Thursday, December 23, 2010

Lelaki lebih ramai dari wanita...

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
0 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Bace paper online pagi tadi.

Berita baik untuk wanita yang single-mingle kat luau sane..

Rupa-rupanya kat Malaysia ni lelaki lebih ramai dari wanita.

So tak payah pening-pening pikir tak kawen sebab lelaki tak cukup ke. Sebab nisbahnye agak besau gek.

*gugel imej

So kepada lelaki yang da berkawen tu takde alasan pulak nak kawen lebih dari satu ye.. Bagi peluang lelaki yang single-mingle jugak untuk menikmati syurga duniawi. Huhuhu.

Tapi tak sure plak statistik ni termasuk bayi yang di buang merata-merata tuh. (Adeh..)

Sumber berita kat SINI.

Notakaki : Malaysia da makin sempit dengan populasi sebanyak 27.6 juta orang. Tu tak termasuk 'orang luar' yang same menumpang kat sini...

Tuesday, December 21, 2010

(Tutorial) Pages as your Tab

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Tetibe rase nak mengajar orang plak ari ni.. Ngeh..ngeh..ngeh..

Sebenaunye nak memenuhi pertanyaan Zura yang tanye cik Izah camne nak buat tab kat header blog.

*Sile tengok yang ade arrow merah tu*


Ekceli ade dua cara:

Satunye : kene edit html code kat blog content tu. tapi agak leceh la sebab kalau orang cam cik Izah ni kene banyak buat try n error (eksperimen belaka) sebab tak bape pandai bab coding ni.

Duanya : Gune cara yang di provide oleg blogger.com. Guna element pages jek. Sangat mudah dan simple.

Meh Zura, aku tunjukkan caranye.. (Sile focus arrow kaler merah beb..)

Masuk Dashboard lepas ko login.
Gi ke Edit Post

So skang ko under Posting tab kan.
Ko kene klik Edit Pages.

Klik kat New Page

So kat sini boleh jek kalau ko nak letak ape-ape.
Contoh nak bagitau pasal diri ko ke, family ko ke. Ape-ape jek.
Tapi kalau nak letak widget ke, ko kene dapatkan html code dan bule letak kat sini gek.

Sebagai contoh:
Aku akan masukkan html code untuk widget master linky untuk tab Geng Kesayangan Cik Izah supaya blogger-bloger yang dtg ziarah leh letakkan link dieorang kat page tu.


Pas da edit sume jangan lupe arrange kan elok-elok..

Leh letak kat header atau letak kat sidebar.

Pastu jangan lupe SAVE tau.

Ok Zura.. leh paham tak?

Notakaki : 


Friday, December 17, 2010

The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Time to give you the announcement...

Nak tau ape citenye?

Just click beliw link!

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Tuesday, December 14, 2010

Yang ke 100k

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Mau cite pasal My Luv.


My Luv da berjalan sejauh seratus ribu kilometer. (Wa..jauh betol...)

Mane tak jauh, ke Penang pon da tibe. Ipoh lagik. Gi dating lagik. Pastu ari-ari travel dari Merlimau ke Batu Berendam lagik.

So far My Luv tak banyak ragam. Dah 4 tahun cik Izah lenjan die ke sana and ke sini, die memang tak penah mengecewakan especially dalam bab merempit. Huhuhu

Notakaki : Rasenye banyak benda nak kene tune balik ni...erm...









Monday, December 13, 2010

A LITLE TOO NOT OVER YOU

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / reader,

Dapat tag dari Akim. Nampak cam sempoi. Jom kite tengok.

Arahan kepada calon:
1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. The answer to #20 is the Title of your note. Feel free to do this, tag your friends and have fun!
Jawapan calon:
1.If someone says, “Is this okay?” you say
> RIGHT ROUND (adeh.. cam bengong jek!)

2. How would you describe yourself?
> DEAD AND GONE (ha...camne nak dekat pada kematian jek..huhuhu)

3. What do you like in a guy/girl?
> MISS INDEPENDENT (yup. one of his quality!)

4. How do you feel today?
> WE MADE YOU (erk.....)

5. What is your life’s purpose?
> BREAK YOUR HEART (hahaha...jahat betol aku..)

6. What's your motto?
> I DON'T WANNA KNOW (hahaha...aku mmg tak kesah and tak heran pon)

7. What do your friends think of you?
> IF WE EVER MEET AGAIN (dieorang suke aku ke? hehehe)

8. What do you think of your parents?
> WAS IS SOMETHING I DIDN'T SAY (erm...banyak benda tak terluah...)

9. What do you think about very often?
> SWEET DREAM (hahahaha...siang ari pon mimpi. Sengal!)

10. What is 2 + 2?
> TAKIN' BACK MY LOVE (hehehe)

11. What do you think of your best/close friend(s)?
> EMPIRE STATE OF MIND (are they conquering my mind? emmm)

12. What do you think of the person you like?
> DOWN (erk...nape plak ni...)

13. What is your life story?
> NO BOUNDRIES (hahahaha...sangat poyo!)

14. What do you want to be when you grow up?
> BE WITH YOU (yup. with him of course! :) )

15. What do you think of when you see the person you like?
> ONLY GIRL (erm..terima hakikat he's like flirting with other girls... :( )

16. What will you dance to at your wedding?
> WHATAYA WANT FROM ME (yup. I dont want to dance!)

17. What will they play at your funeral?
> EVACUATE THE DANCE FLOOR (ape nih?..sengal betol!)

18. What is your biggest fear?
> MEET ME HALFWAY (ye..aku memang takut kene tinggal..hohoho)

19. What is your biggest secret?
> TELEPHONE (hahaha..secret la benau...)

20. What will you post this as?
> A LITLE TOO NOT OVER YOU

Lawak giler ! Korang memang kene try. Nanti nak tengok ape jawapan korang lak;
- Along
- Zura
- Ida
- dan sape-sape yang nak try buat.

Notakaki : Menyengih sambil dengar lagu. Hehehe


Sunday, December 12, 2010

Tukau Name!

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Mau tukau name si dia ni,


Panggil die ASLAN? Ok tak? Hehehe..

Name die skang kan ALEX.

Notakaki : Demam Narnia!


Wednesday, December 8, 2010

Aci Tak Cenggini?

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
10 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

The moment is getting nearer.

The preparation is about 20% to complete.

Tengah duk men'deco' tetibe datang makhluk yang offerkan diri untuk di hantar ke 'orang sebelah'.

Nak kene letak reben baru cun kot? Huhuhuh

B... sudi tak terima ni?

Notakaki: Rase nervous plak..huhuhu


Tuesday, December 7, 2010

Aktiviti Pada Tahun Baru 1432H

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
4 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Sebelum membebel dengan panjang, dengan ini cik Izah ingin mengucapkan:

SELAMAT TAHUN BARU 1432H

Moga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga apa-apa yang diazamkan akan dapat dilaksanakan. Insya Allah.

So sempena tahun baru hijrah a.k.a public holiday ni, ape aktiviti korang ek?

Adakah korang buat seperti berikut?

 Lepak sampai lelap?

Tido sampai tak hengat dunia?

Grooming diri sendiri sampai jadik puteh melepak?

Atau yang paling sodap.....
SKODENG ORANG!!!!

Yup. All this pics were taken this morning using my new SE G900.

Notakaki : Mau mengabiskan cuti tahunan....


Thursday, December 2, 2010

Tips KeibuBapaan

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Salam bloggers / readers,

Cik Izah nak share tips yang dikongsi oleh Dr Fadzilah Kamsah dalam kursus motivasi di Johor Bahru baru-baru ni.



Harap dapat bagi manfaat (untuk cik Izah gek..huhuhu)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan amalkan doa 12 pintu.


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya… (perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan.

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “Nak, jadilah anak yang cemerlang” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. P astikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Notakaki : Bab anak kedua SENGAJA di boldkan sebab itu lah aku...hehehe


 

~ HiKaYaT NahDatuLiZaH ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea