Wednesday, December 30, 2009

--> Bandung D Durian Tunggal <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
6 orang pembebel Links to this post
Entry kali ni cik Izah nak cite pasal activity cik Izah dan AUK team members tengahari tadi. Atas izin dan plan Program Leader kami, maka kami beramai-ramai pegi la Durian Tunggal **kalau tak tau Durian Tunggal katne, sila gunakan gugel map wokeh..**

Activity kami adalah makan mi bandung **yey! my favourite moment.huhu..** Kiteorang gi terjah kedai makan depan Balai Polis Durian Tunggal **lupe le name pakcik tu..sorry ek pakcik...huhu..**As usual, sile layan gambau terlampau yang sempat cik Izah snap pada waktu kejadian.

Menikmati ABC time tengahari yang panas terik. Memang marbelessss....

Ni ha mi bandung yang kami balun tadi. **ngeee~**

Antara mereka yang terlibat **Zu & Intan **

Ni rupe lepas da abis makan.


Pendek kata, mi bandung kedai pakcik ni memang best. Puas jugak la makan. Tapi dalam best tu ade gak yang tak best. Panas dan kami makan 'ditemani' lalat **ayoyo!** But still recommended la. Datang la kalau nak rase **promote beb!huhu..**


Notakaki : Dalam plan untuk pegi jenjalan lagik. Mane tempat yang best ek?

Tuesday, December 29, 2009

--> Ari Paling Busan!! < --

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post

Tengok gambau kat atas korang pon da leh agak ni la reason nye tajuk entry cik Izah kalik ni..

Tengahari td gi MBMB **Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ** sebab nak tolong Bonda settlekan saman parking.

Ni la samannye ** yang kaler putih tuh ** . Yang kaler hijau tu surat rayuan.

Kalau org lain **kat Melaka nih...** leh je dapat rayuan kat kaunter, cik Izah lak kene ngadap Pengarah Bahagian Pengurusan MBMB.

Nasib baik la Tuan Haji tu tak banyak songeh. Die tanye cik Izah 2 or 3 soklan, pastu terus sign kertas hijau tu. Dapat la diskaun 50%. **Yey!**

Tapi bile turun kat kaunter, cik Izah pening jap tgk ramai nau org. Da pulak tu, tgk angka giliran terus ilang mood. **Ayoyo...***

Tengah duk menunggu tu borak la dengan sorang mamat **yg nak bayau saman gek**. Ekceli bukan kenal pon. Agaknye die pon busan la tu. Tapi yang pelik die tak pulak berborak dengan apek duk sebelah die gak. Borak punye borak last-last die mintak no fon cik Izah. Uik? Ape kes? Da kawin pon nak mintak no fon aku? ** Salah cik Izah gek. Sape suruh layan die..huhuhu** Tapi cik Izah tak bagi pon no fon. Secara polite nye cik Izah mintak maaf and cakap dengan die nnt ade orang marah lak. **huhuhu...sorry ye Bear..** Nasib baik mamat tu ok jek...huhuhu


Notakaki : Mule-mule menunggu kat post office pastu menuggu kat MBMB. Memang ari paling busan! Huh!

Monday, December 28, 2009

--> Y . E . H <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
1 orang pembebel Links to this post
Y.E.H
Year End Holiday


Yuhu! Time to update my **family** story. Sebenaunye last weekend cik Izah bersama-sama family members of Tuan Haji Hamzah Awit **atok** dan Puan Hajjah Abibah Bostan **nenek** telah mengsuke kan diri kami di tepi pantai Port Dickson. **huhu** Memang every year kami beramai-ramai akan meramaikan orang di PD. Kirenye cam one of the event of the year.

Kiteorang stay kat sana start ari Jumaat sampai la ari Ahad. Major activity selain mandi laut adalah makan beramai-ramai.. **huhu...**

Malas nak bebel,jom skodeng ape yang sempat cik Izah snap kat PD ari tu. ** Ekceli tak byk sgt. Along nye cam byk kot. Tapi die lum update dalam blog ape tah lagik dalam fb..huhu..**

View from our room kat Glory Beach Resort 9th floor.

Sempat posing sebelum terjah ke laut...huhuhu

Dak Kakak lepas mandi...

Ni 2nd day mandi laut. Tengok la laut yang sangat cetek. Gi tengah pon baru tibe paras betis. **ni time air pasang tau..**

Dak Abby buat muka blur sebelum buat muke suke time main air....huhuhu

Ummi Aqilah. Daugther of Mak Ita n Pak Andak. Suke nau main pasir. Hohoho


Nak tau cite lain and gambau lain pasal holiday ni leh gi intai kat blog Nur Hamezah **cousin cik Izah ** a.k.a dak Kakak.


Notakaki : Propose nak tukau main air terjun lak next year? Leh tak tuan organizer?

Sunday, December 27, 2009

--> Jantan Kurang Ajau ! <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
3 orang pembebel Links to this post
- ENTRY TAK BERGAMBAU -

Cik Izah tengah sakit ati sebab jumpa sorang makhluk Allah **lelaki ** yang tersangat kurang ajau dengan cik Izah malam tadi.:argh:


Tadi cik Izah gi Fresco sebab nak beli makanan untuk meow cik Izah. ** Cian meow lambat makan.** So selain beli makanan kucing cik Izah ade la beli barang-barang makanan lain **untuk cik Izah la **. Kirenye penuh satu bakul.

Lepas da amik barang, cik Izah pon q la kat kaunter. Belakang cik Izah ade sorang mamat ** melayu ** asik membebel je.Tapi time tu cik Izah buat dek je la bising. Tengah budak cashier tu duk scan barang-barang cik Izah, tetiba mamat tu sound " Nape le beli barang banyak sangat ni? Lembap betul." Cik Izah jeling je die tapi cik Izah tak cakap ape-ape.

Tibe-tibe die leh kuarkan rokok and isap rokok belakang cik Izah. Lepas tu cik Izah perasan die sengaja hembus asap rokok tepi muka cik Izah. Cik Izah pon tutup la mulut. Pastu leh la die sound "kalau tak nak mati cepat la sikit bayar barang tu. Lembap! "


Bile dengar 2 kali die cakap lembap, cik Izah pon pusing ngadap die ketukmeje. Cik Izah sound die balik.:galit: " Sini kan tak boleh merokok! Tak reti bace ke? " sambil tu cik Izah tunjuk sign DO NOT SMOKING.


Pastu leh lak die jawab balik. "Pedulik hape aku. Rokok aku. Ko sibuk apehal?"


Peh! marahBerasap telinga dengau camtu. Dengan muka cam siot die leh jawab camtu. Nasib baik time tu cik Izah da hulur duit kat budak cashier tu. Dapat je balance terus cik Izah grab barang-barang and blah. Sempat dengau budak cashier tu sound balik jgn merokok and cik Izah terdengau gek die ade menjawab dengan budak cashier tu.

Kalau ikutkan panas ati ni, mau cik Izah maki die depan-depan :sobrakana:.Tapi sebab pikir hormat die sebagai manusia, cik Izah maki die belakang je la. Sebab cik Izah bukan jenis orang yang nak jatuhkan air muka orang lain in front of the public.


Tapi mase duk maki-maki mamat kurang ajau tu, cik Izah ade terpikir sape la mak bapak die. Buat malu mak bapak die je. Sian kat mak bapak die pon ye gak. Mane la gi manners die sebagai seorang Melayu. :tsk:


Notakaki : Bikin rosak mood je! Huh!

Wednesday, December 23, 2009

--> Ukur Cinta Melalui Warna <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post
Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kpd rasa cinta seseorg..?? Walaupun ada pihak yg kurang bersetuju, namun adakalanya warna yg diwakili mampu menyatakan perasaan sebenar kamu terhdp si dia.. Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna.
Apa yg penting, utk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.. Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yg sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yg serasi.. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yg berlainan agar cinta yg terjalin menjadi lebih ceria, harmoni & romantis.


~ Merah + Biru ~

Si biru seorg yg suka beralah & berjiwa lembut.. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.
Si merah pula selalunya lebih agresif & keras hati. Mereka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yg mereka hajati terlaksana.. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.
Dlm konteks pasangan pula, kombinasi si merah & si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur & haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yg terjalin kekal untuk selamanya..


~ Hijau + Oren ~

Dua kombinasi warna yg agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja & bukan seorg yg suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai & disayangi. Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin & akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.
Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar & sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mrk. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau & si oren..



~ Biru + Hijau ~

Kombinasi si biru & si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna.. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur & memahami antara satu sama lain.. Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya.
Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru & si hijau cukup serasi bersama.. Malah percintaan yang terjalin di antara si biru & si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan2 sekeliling.. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap org berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri..



~ Merah + Oren ~

Kombinasi warna merah & oren pula dikatakan kurang sesuai.. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif & lasak.. Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan..
Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.. Oleh sebab itu, si merah & si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama.. Mereka seharusnya mencari seorg yg berjiwa halus & romantik agar jiwa mereka yg keras itu dapat dilembutkan..



Notakaki : Info above is just for fun only. Thanks to Rena CTRM for the above info.

Tuesday, December 22, 2009

-->4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Ke Neraka <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
4 orang pembebel Links to this post

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup
aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah
tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Notakaki : Just a sof reminder pada kawan-kawan cik Izah di luar sana. Info provided by Kak Aishan CTRM.

Saturday, December 19, 2009

--> Awal Muharam Dengan Asam Pedas <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
11 orang pembebel Links to this post
SELAMAT TAHUN BARU 1431H

Rasanya lum terlambat lagi cik Izah nak ucapkan selamat tahun baru kepada saudara sesama Islam di luar sana. Ape resolusi tahun baru hijrah ye?

Masing-masing ada azam sempena tahun baru. Honestly untuk cik Izah ni, takde specific azam. Cuma ape yang cik Izah tau,every year cik Izah berazam nak improve diri cik Izah untuk lebih baik lagi.

Cuti Awal Muharam cik Izah gi tengok wayang ** gi sorang-sorang je..** Sebab kebetulan baru lepas jumpe kawan cik Izah **dak Laily** so cik Izah malas nak balik umah **sebab Bonda kene keje**. Lagipon cik Nurul pon lum tibe umah lagi. So terus rembat My Luv ke Melaka Mall.

Memula ingat nak tgk cite Princess and Frog **cite katun yg gugurl tuh...** tapi tertukar pikiran gi tgk cite AVATAR. **huhuhu...** Cite yang agak panjang dan agak menarik. Almaklum la director cite TITANIC **James Cameron**, tu yang bt cik Izah nak gi tgk.

Malam lak, bawak cik Nurul and Bonda gi Asam Pedas Claypot kat Kota Laksama. Sebab da lame tak melantak asam pedas kan **selain asam pedas buatan sendiri yang rasa syok sendiri jek tuh...huhuh**

Ni ade few pic yang cik Izah sempat snap. **biase la gile glamer**

Cik Nurul yang prasan jadik host Jalan-Jalan Carik Makan **aiyak!!**

Aksi **gedix** cik Nurul bersama Bonda...

Bukti kebuluran Cik Nurul..

Kuah asam pedas yang marbelesss..

Buat muke sadis sebab tak puas melayan asam pedas...**hahaha..**


Notakaki : Sape-sape yang nak rase asam pedas Melaka dalam claypot sile carik cik Izah ok...

Thursday, December 17, 2009

--> Correct timing to drink water <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
2 orang pembebel Links to this post

It is a few information for you to practice....
Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.

Two (02) glass of water - After waking up -
Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal -
Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath -
Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep -
To avoid stroke or heart attack



Notakaki : Berehat sebentar dari becerita kisah sendiri...

Monday, December 14, 2009

--> Weekend Dengan Anak <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
3 orang pembebel Links to this post
Opsss...tengok tajuk leh bikin jatuh saham cik Izah. Hehehe... jelir

Sebenaunye weekend ari tu Cik Izah dan bonda kuar pegi ke town and MITC dengan Along, Abg Aris and anak-anak mereka. Kirenye berjalan-jalan la ni...

**Leh tak cam malas nak taip? huhu...** Ape kata layan jek gambau yang sempat cik Izah snap. Tak banyak sangat sebab duk melayan anak-anak le katakan... encem

Kiteorang pegi SDSI ** Satu Daerah Satu Industri ** kat MITC. Banyak giler booth dalam tu. Almaklumla peringkat kebangsaan, sume negeri ade. Tapi pelik nape booth Melaka yang paling kecik? Tau la negeri kecik, booth pon kecik. **Kecik ati la...**

Sempat la snap gambau aweks yang tgh menari kat stage tu. Ramai gek duk ngadap. Sempat layan lagu Dondang Sayang. **:hilo:ayoyo...**


Ingat nak snap gambar booth Perak, tapi signboard too bright. xpasti **Sorry la Bear..huhu**


Pas da merayau kat MITC, ari pon da nak Maghrib, kiteorang gi Masjid Al-Alami.


Tapi ape-ape hal gambau cik Izah musti jadik kemestian..**yaaa...gile kuasa suda datang... sengihnampakgigi**
Amik gambau dengan Dak Abang

Amik gambau dengan Dak Kakak

Amik gambau dengan Dak Abby

Ni gambau anak-anak **buah** aku dengan ibu mereka.


Notakaki : Cik Izah single lagi ok! ** Iklan murahan le plak..ahaks...**

Friday, December 11, 2009

--> Ketawa & Air Mata <--

Dibebel oleh NahDaTuLIzaH
Reactions: 
4 orang pembebel Links to this post
Erm....nak update lak cite kengkawan kat tempat keje.

Jumaat lepas 111209, kami gugurl di B2 telah mengadakan makan-makan untuk farewell Kak Linda. **ekceli bukan kuar dari kilang, tapi kuar dari B2 jek...** Almaklumla Kak Linda ni kakak tiri kami**ni Kak Rin yang cakap**. Jadik sebagai mengenang jasa baik beliau yang banyak tolong kami, kami pon buat la majlis untuk beliau. Lagipon die kan oghang paling glamer, kang tak buat jatuh le saham beliau.. **hohoho...**

Nak tau ape jadik mase time waktu ari tu? Sile layan gambau berikutnye...

Ni die kakak tiri kami a.k.a KAK LINDA **posing cumel tak tahan...huhuhu**

Menu makanan kami. Main dishes: Nasi impit, rendang ayam, sambal kacang, serunding

Puan pengacara majlis, KAK RIN

Kak Linda tengah bagi ucapan. Suke kan main... **sebelum sedih kan main...**

Aktiviti mengutuk sebelum makan-makan bermula...huhuhu

Kak Linda tengah pening. **sebab ape ek? Adam nak tambah adik ke? ngee~**

Senario paling gamat. Mana taknye, Kak Linda tgh sebuk luahkan prasaan, Tasha lak sebuk posing... hehehe..

Posing beramai-ramai da jadik kemestian...

Posing lagik....

Kek secret recipe dari Cheng. **fully sponsored by Kak Bib**

Tembikai....

Jajan...

Kak Linda tunjuk bunga. Suke betul beliau dengan bunga pemberian Pn Assha.

Posing lagik. **da puas dalam bilik, luau bilik pon kami posing..**

Uik? Camne la ade seko kumbang tersesat nih??

Kak Linda and her best buddy, Zila.

Time ni yang Cik Izah takleh tahan tengok. Da la mase Kak Linda bagi ucapan **sebelum makan-makan time** cik Izah da nak nangis bile tgk die nangis. Time die peluk Zila n nangis terus cik Izah blah. **Sedey la beb..**

Anyway, kami gugurl di B2 wish gud luck pada Kak Linda. Kami akan sentiasa rindukan Kak Linda, pekikan n jeritan Kak Linda, baik di Program Office, di kantin mahupon di surau **upss..** akan sentiasa kami ingat. Jangan lupekan kami di sini yang memang slalu dilupekan..**huhu..** Ade berita yang best bgtau la kami di B2 ek... Mintak maaf kalau ade tersinggung dengan kami di sini. Biasela, kiteorang memang gurau kasau punye...huhu

Notakaki : Sikit demi sikit akan tinggalkan B2....

 

~ HiKaYaT NahDatuLiZaH ~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea